Sunday, August 26, 2012

Salam Aidil Fitri



Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk merasakan hari raya pada tahun ini. Mudah-mudahan hari raya pada tahun ini dapat kita rayakan mengikut panduan dan Sunnah daripada Nabi kita Muhammad s.a.w Janganlah jadikan hari raya sebagai pesta makan minum, pesta langsir, pesta memperagakan fesyen pakaian dan yang paling malang sekali iaitu pesta maksiat yang dipenuhi dengan program hiburan dan tari menari tanpa mempedulikan halal dan haram. Wanita dan lelaki bercampur gaul,bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan. Apakah ini Hari Raya Aidil Fitri yang diajar oleh Islam. Semua itu adalah musibah yang akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t Sedarlah dan bertaubatlah sebelum jasad dimasukkan ke dalam liang lahad. Hari Raya Aidil Fitri ialah hari untuk kita bermaaf-maafan,kunjung mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturahim. Mudah-mudahan umat islam di seluruh dunia terus bersatu di bawah satu syariat iaitu syariat Islam dan hukum Allah s.w.t. Jadikanlah hari raya sebagai kesinambungan untuk kita terus melakukan amalan-amalan yang diredhai Allah sebagaimana yang kita lakukan pada bulan ramadhan. Kalau bulan Ramadhan kita banyak membaca Al-Quran maka teruskanlah amalan itu. Kalau pada Bulan Ramadan kita banyak bertahajud maka perbanyakkanlah amalan itu pada bulan-bulan seterusnya. kalau pada Bulan Ramadhan kita banyak bersedekah maka lipat gandakanlah amalan itu, mudah-mudahan harta kita mendapat keberkatan dan dijauhkan dari sifat bakhil dan kedekut. Kalau pada bulan puasa kita kurang mengata orang dan yang sewaktu dengannya maka pada bulan-bulan yang seterusnya hentikan terus perbuatan tersebut, mudah-mudahan kita bebas dari bakaran dan azab api neraka Allah s.w.t. Teruskanlah amalan berpuasa pada bulan-bulan mendatang dengan puasa-puasa sunat yang lain seperti puasa sunat enam hari, Bulan Syawal dan puasa sunat Isnin dan khamis. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat sombong dan takabur.

Zakat Fitra




Jangan lupa untuk tunaikan zakat fitra kerana ianya sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Disamping itu, jangan lupa juga untuk membayar zakat-zakat yang lain kerana ianya pembersih harta dan jiwa manusia. Apa lagi kita yang bergelar sebagai orang Islam.