Monday, February 25, 2013
Jalan Menuju Ke Syurga
بسم الله الرحمن الرحيم
إخوانى وأخواتي حتما إن الطريق الى الجنة يتطلب منا العمل والمثابرة والاجتهاد في حسن طاعة الله عز وجل
حاله حال أي تفوّق دراسي أو غيره ليجازى به الجنة
فمعاً دعونا نتمعن في الطرق التي توصلنا الى الجنة بإذن الله تعالى
1 - (( من لقي الله لا يشرك به شيئاً دخل الجنة ))
[ البخاري ]
Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..
2 - (( من آمن بالله وبرسوله ، وأقام الصلاة ، وصام رمضان ، كان حقاً على الله أن يدخله الجنة ))
[ البخاري]
Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
3- ((من بنى مسجداً يبتغي به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة ))
[ البخاري ]
Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.
4- (( من صلى البردين دخل الجنة ))
[ البخاري ] Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.
5- (( من غدا إلى المسجد وراح أعدَّ الله له نزله من الجنة كلما غدا أو راح ))
[ البخاري ]
Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.
6- (( من يضمن لي ما بين لحييه وما بين رجليه أضمن له الجنة ))
[البخاري]
Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
7- (( من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة بُني له بهن بيت في الجنة ))
[ مسلم ]
Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.
8- (( من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهّل الله له به طريقاً إلى الجنة ))
[ مسلم ]
Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.
9- (( من قال مثل ما يقول المؤذن من قلبه دخل الجنة ))
[ أبو داود ]
Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
10- (( ما من أحد يتوضأ فيحسن الوضوء ويصلي ركعتين يقبل بقلبه ووجهه عليهما إلا وجبت له الجنة ))
[ أبو داود ]
Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.
11- (( من قال رضيت بالله رباً ، وبالإسلام ديناً ، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياًّ وجبت له الجنة ))
[ أبو داود ]
Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
12- (( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ))
[ أبو داود ]
Sesiapa mengakhiri hidupnya denga kalimah di atas pasti masuk Syurga.
13- (( من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة
[ الترمذي ]
Sesiapa membaca doa diatas dia akan memetik tamar di dalam syurga.
14- (( من مات وهو بريء من ثلاث : الكبر ، والغلول ، والدّين دخل الجنة ))
[ الترمذي ]
Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka masuk syurga.
15- (( اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . من قالها من النهار موقناً بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ، ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة ))
[ البخاري ]
Sesiapa berdoa dengan doa di atas pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.
16- (( من أذن اثني عشرة سنه وجبت له الجنة ))
[ ابن ماجة ]
Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.
17- (( من سأل الله الجنة ثلاث مرات قالت الجنة : اللهم أدخله الجنة ))
[ الترمذي ]
Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz di atas pasti masuk syurga.
18- (( من عاد مريضاً أو زار أخاً له في الله ناداه مناد أن طبت وطاب ممشاك ، وتبوأت من الجنة منزلاً ))
[ الترمذي ]
sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
19- (( إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة ))
[ البخاري ]
Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.
20- (( تكفل الله لمن جاهد في سبيله لا يخرجه إلا الجهاد في سبيله وتصديق كلماته بأن يدخله الجنة ))
[ البخاري ]
Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.
21-
(( أيها الناس ، أفشوا السلام ، وأطعموا الطعام ، وصلوا والناس نيام ، تدخلوا الجنة بسلام ))
[ الترمذي ]
Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.
22- (( العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما ، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة ))
[ البخاري ]
Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
23- (( إن لله تسعة وتسعين اسماً مائة إلا واحداً ، من أحصاها دخل الجنة ))
[ البخاري ]
Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
24- (( لقد رأيت رجلاً يتقلب في الجنة في شجرة قطعها من ظهر الطريق كانت تؤذي الناس ))
[ مسلم ]
Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.
25- ((من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة ))
Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga.
Saturday, February 23, 2013
Rukun Iman
RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t bererti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga
3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.
4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
Taurat - Nabi Musa a.s
Zabur - Nabi Daud a.s
Injil - Nabi Isa a.s
Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
Nabi Syits - 50 suhuf
Nabi Idris - 30 suhuf
nabi Ibrahim - 10 suhuf
Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
Keluar dajjal merosakkan agama.
Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
Keluar Yakjuj dan Makjuj.
Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.
10 Malaikat Dan Tugasnya
Rukun iman dalam agama islam ada 6 (enam). Salah satunya adalah beriman kepada malaikat. Beriman kepada malaikat artinya meyakini bahwa Allah SWT memiliki malaikat-malaikat yang diciptakanNya. Ada 10 Malaikat yang wajib diketahui, sepuluh malaikat tersebut yaitu:
Malaikat Jibril
Malaikat Mikail
Malaikat Israfil
Malaikat Izrail
Malaikat Munkar
Malaikat Nakir
Malaikat Raqib
Malaikat Atid
Malaikat Malik
Malaikat Ridwan
Tugas-tugas dari para 10 malaikat tersebut yaitu:
Malaikat Jibril bertugas menyampaikan wahyu Allah kepada para nabi dan rosul. Malaikat Jibril adalah penghubung antara Allah SWT dengan nabi dan rosul-Nya.
Malaikat Mikail bertugas memberi rejeki kepada manusia
Malaikat Israil bertugas meniup terompet sangkakala pada hari kiamat.
Malaikat Izrail bertugas sebagai pencabut nyawa
Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menanyakan dan melakukan pemeriksaan manusia di alam kubur tentang amal perbuatan mereka saat masih hidup
Malaikat Raqib bertugas mencatat segala amal baik yang dilakukan manusia
Malaikat Atib bertugas mencatat segala perbuatan buruk yang dilakukan manusia.
Malaikat Malik bertugas menjaga pintu neraka
Malaikat Ridwan bertugas menjaga pintu surga.
Subscribe to:
Posts (Atom)