Friday, June 29, 2012
BERSYUKUR DENGAN MASA SILAMMU
Kadang-kadang kita hidup dengan gagah dan perkasa kerana masa silam. tapi ada juga yang jatuh tersungkur sebab masa silam. Sebenarnya, apa saja yang berlaku di masa lampau kita tak perlu jadikan sandaran yang teguh untuk menghadapi masa depan. maksudnya, kita masih boleh bersandar pada masa silam. cuma, jangan hanya semata-mata kerana masa silam, kita menjauhkan diri daripada naluri asal manusia sehingga terkeluar dari landasan syariat Allah s.w.t. Jadikan masa silam suatu pengajaran baik. Andainya kita membesar dalam suasana atau persekitaran yang tak baik, maka janganlah mewarisi suasana itu. Tapi sepatutnya, kita menjadi lebih tabah menghadapi dunia kerana Allah dan menguji kita dengan lahir dalam keluarga seperti itu.
Apabila kita lihat ke hadapan dan ke atas, kita akan nampak orang-orang yang hebat,jauh lebih baik daripada kita, jauh lebih cemerlang daripada kita. Sehingga timbul rasa mahu bersaing, pastinya secara sihat. Insya Allah. Kita akan berusaha untuk perbaiki diri, untuk menjadi insan yang lebih baik, dan berguna untuk agama khasnya.
Namun, terlalu lama memandang ke hadapan dan atas akan buat kita sakit kepala . Akan buat kita lalai dan lupa. Sehingga lupa tempat pergantungan yang sepatutnya, iaitu kepada Allah.
Sekali sekala, tolehlah ke belakang dan tunduklah ke bawah untuk terbitkan rasa SYUKUR dan KEHAMBAAN. Apabila kita toleh ke belakang, kita akan nampak masa silam kita, masa untuk muhasabah siapa diri kita, daripada masa asal kita. Maka, moga-moga timbullah rasa KEHAMBAAN. Apabila kita pandang ke bawah, kita akan nampak insan-insan yang susah hidupnya, insan-insan yang tabah hadapi liku hidup yang punya banyak rintangan. Maka timbullah rasa SYUKUR.ya, bersyukurlah, kita sebenarnya tidak susah,
cuma kita diuji sedikit untuk tahu rasa cukup.
Semua orang ada masa silam. Sama juga seperti saya . Seperti anda dan seperti mereka. Masa silam kita berbeda. Ada yang selesa, ada yang derita,dan ada yang sakit. Ramai orang rasa susah nak maju sebab masa silamnya. Ramai juga orang yang terjerat kerana masa silam. Namun ,kita sudah tidak berada di masa silam. Sekarang kita sudah berada di masa hadapan. Ketahuilah, berapa ramai orang yang berjaya hari ini kerana masa silamnya yang suram. Janganlah jadikan masa silam yang tidak kenal akan kitab Allah, Masa silam yang jahil tentang syariat Allah, masa silam yang bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran kepada Allah sebagai penghalang untuk kita terus menbentuk diri agar dikasihi Allah.
Sepatutnya, orang mukmin, masa silam itu dijadikan gurunya. Sebagai petunjuk untuk masa depannya. Sebagai sempadan atas segala salah silapnya. Sepatutnya, orang mukmin, masa silam itu jadi seperti kamus untuknya. Itulah orang mukmin!!! Tidak melihat masa silap itu satu sejarah hitam yang perlu di bawa bawa sepanjang kehidupan. Masa silam itu perlu dijadikan batu loncatan untuk kita mengubah diri. Boleh jadi apa yang kita lakukan waktu dulu tidak baik untuk kita. Maka, jangan takut untuk berubah. Percaya atau tidak bahawa setiap yang silam itu berlaku tidak pernah sedetikpun berlalu untuk sia-sia? Semua orang ada kisah silam yang tersendiri, tetapi walau terang atau kelam masa silam, percayalah semua orang masih ada masa depan. Semua orang pernah buat silap. Adakah keji bagi mereka yang buat silap? Tapi jika hari ini kita atau orang lain buat silap, jangan terlalu cepat menghukum. "Dia memang macam tu, dari dahulu memang perangai dia macam tu”. Itulah kata-kata yang kerap kali kita hamburkan tanpa kita sedari natijahnya kembali pada diri kita sendiri ." Tak! Dia mungkin tak sengaja. Berubah; tak sesenang kita nak bercakap. Jadi hargai bila orang nak berubah ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya dia berusaha, dia ada usaha untuk mencuba dan berubah ke arah kebaikan itu sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t
Lagi menyedihkan bila sekecil-kecil kesalahan dia hari ini diperbesar-besar dengan kesalahan dia di masa silam. Sayang, dia juga manusia biasa. Semuanya itu dugaan Allah, tapi kita tak tahu lagi dugaan Tuhan untuk kita pada esok hari. Setiap orang berhak untuk dapat peluang.
Namun, segeralah mengambil pelajaran daripada masa silam… lupakan dan pandanglah masa depan. Jika punya kesempatan carilah ruang untuk memohon maaf, memohon doa dan melakukan amalan-amalan baik sebagai penebus kesalahan silam. Jika tidak, bertekadlah untuk tidak mengulanginya. Jangan jadikan ia trauma yang menghalang pencapaian kita hari ini dan esok. Menyesal itu baik, tetapi ia bukan belenggu yang menghalang kita untuk mencipta kebaikan dan kecemerlangan baru.
Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Kenapa merungut dengan yang … pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.
Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk. Berdoa dan memohon agar dijauhkan dari ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan perkara yang tidak disukainya. Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah. Carilah...perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Hilangkan segala gelisah.
Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap sedia dengan senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Kerapkanlah tangan menghulur . Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!
“Apakah tingkah-laku kita sebagi orang Islam sesuai dengan ajaran Islam? Mengapa orang bukan Islam lebih jujur dan amanah daripada orang Islam?” Betulkah begitu?. Setakat manakah dakwah kita kepada orang bukan Islam, Sebanyak manakah usaha kita untuk mendekati orang yang bukan Islam agar memahami Islam. Bukan untuk memaksa mereka menganut Islam tetapi untuk mereka memahami Islam. Mudah-mudahan mereka berfikir ..... persepsi salah yang tidak patut seorang muslim lakukan kepada non-muslim...dakwah kita bukan sahaja kepada sesama muslim..tetapi juga pada orang bukan muslim..
Alhamdulillah, ..Ana kini bergelar Islam ........terharu,gembira dan tak terkata perasaan ketika itu..syukur ya Allah,,engkau memberikan aku hidayah......semoga ana menjadi orang yang beriman dan beramal soleh dan tabah dalam menghadapi rintangan sebagai saudara baru...
Terfikir ketika itu, kita yang dilahirkan sebagai muslim,kadang-kadang tidak komited..tidak bersyukur kerana dilahirkan sebagai muslim..malah ada yang tidak melakukan suruhan Allah..tetapi melakukan laranganNya..tetapi mereka yang bukan muslim, mencari dan akhirnya hidayah diberikan kepada mereka...kita sebagai muslim sepatutnya berdakwah kepada mereka yang bukan islam,supaya mereka berpeluang mengenal islam dan insyaAllah, dengan izin Allah mereka mungkin akan masuk Islam...Islam itu indah, jika mereka hayati dan melihat dengan mata hati, insyaAllah akan diberi hidayah...tetapi kita sebagai muslim perlulah membimbing mereka....bukannya menunjukkan contoh yang tidak baik pada mereka..jika kita muslim,tetapi berperangai seperti mereka yang bukan Islam, macammana mereka nak tengok keindahan Islam itu..macammana mereka nak tengok baiknya peribadi seorang muslim...
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah....syukurilah nikmat terbesar yang ada pada kita..iaitu nikmat islam..walaupun kita mengaku kita muslim,tetapi tidak semestinya hidayah Allah itu milik kita..jika kita hanya mengaku dimulut..tetapi hati dan perbuatan seperti tidak mengakuinya..astaghfirullah...
Ingat pesan Tok Guru!!!! yang mengislamkan saudara baru itu...relakan dia masuk islam??tiada paksaan?kerana bila sudah masuk islam, perlu melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya....terutamanya tinggalkan amalan agama mereka terdahulu sepenuhnya...analoginya, pabila kita masuk satu sekolah untuk belajar disitu, kenalah kita patuhi segala peraturannya..kalau dulu kita suka keluar malam, tapi sebabkan masuk sekolah tu, kita dahtak boleh keluar malam..kita kena patuh peraturan sekolah..kalau tidak , kita bakal diambil tindakan...kalau dulu liat nak bangun pagi,tapi masuk sekolah tu,awal pagi dah kena bangun..nak tak nak kenalah ikut kan??begitu juga islam,bila sudah akui yg kita muslim, syariah perlu diikuti dan dipatuhi....tapi, syariah Allah bukan untuk membebankan tapi utk menyenangkan kita sebenarnya...Allah adalah Maha berkuasa dan maha mengetahui..sudah tentu syariat Islam itu adalah untuk membantu kita ketika di dunia supaya di akhirat kelak kita tidak akan menderita..
Ingatlah..... dan jadikanlah pedoman kerana sudah ramai cerdik pandai dan alim ulamak yang merupakan orang yang asalnya bukan islam tetapi alhamdulillah diberi hidayah dan telah menjadi seorang muslim yang sebenar..malah ilmunya melebihi orang yang sudah lama islam...tindak tanduknya,subhanallah....tidak terasa malukah kita??orang yang lahir islam,diberi pengetahuan mengenai islam sejak dari kecil,tetapi jarang menghargai...dan sekarang,ilmu kita cetek berbanding dengan mereka...tidak malukah kita, jika mereka bertanya mengenai sesuatu hukum tetapi kita tak dapat nak beri jawapan??????????? Mereka dapat memberi penerangan mengenai rukun iman dan islam,ringkas tapi padat..amat menarik perhatian..senang difahami malah menyentak minda kita kerana selama ini tidak pernah terfikir untuk menerangkan rukun iman dan islam sebegitu rupa..supaya tidak kira orang islam atau bukan islam lebih memahami rukun iman dan islam itu....subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar...Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk memahami sesuatu yang baru pada hari ini... “Ya Allah jadikanlah Hamba Mu ini menjadi mukmin yang sejati, jauhkan hambamu ini dari kejahilan, jadikanlah hambamu ini sentiasa bersyukur, sentiasa menambahkan ibadat kepadamu dan sentiasa mengingatimu dan matikanlah ya Allah hambamu ini dalam Islam yang sebenar”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment