Sunday, June 10, 2012
Tutup Aurat Tanggungjawab Bersama Memenuhi Tuntutan Syariat Allah.
Muslimin dan muslimat.Marilah kita sama-sama menutup aurat, mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat. Kita dikurniakan pelbagai nikmat di atas muka bumi ini oleh Allah s.w.t termasuklah pakaian yang menutup aurat. Kita diberikan pelbagai jenis pakaian dan fesyen yang terkini, maka pilihlah! asalkan ianya tidak mendedahkan aurat dan tidak menjolok mata. Terlalu banyak pilihan pakaian yang dibenarkan oleh syarak. Kenapa pilih yang haram!!!! Alangkah beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kerana diberikan peluang dan ruang untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Cubalah bayangkan sekiranya kita berada di zaman Nabi-nabi yang lain seperti nabi Lut dan Nabi-Nabi yang sebelumnya yang terus diturunkan dengan balasan atau bala bencana apabila mereka melakukan dosa atau kesalahan. Maka fikir dan renunglah. Mahukah kita menjadi seperti Umat Nabi Nuh!!! yang ditenggelamkan oleh banjir besar kerana melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah s.w.t????? Apakah kita mahu menunggu sehingga diturunkan bala bencana seperti umat Nabi Lut yang diturunkan bencana dengan dasyatnya kerana kemungkaran kepada Allah s.w.t...Pilihlah jalan yang lurus kebalilah kepada Syariat Allah. Jauhilah kemungkaran. Banyak pilihan di atas muka bumi ini. Makanan dan minuman yang halal kenapa pilih yang haram? Pakaian yang menutup aurat kenapa pilih yang mendedahkan aurat? Berkhawinlah kenapa melakukan Zina.Islam itu mudah kenapa disusahkan? Oleh itu, marilah kita kembali kepada Islam!!!!!!!!!!!!!!!!!!Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment