Wednesday, June 13, 2012
Wahai orang-orang yang beriman dirikanlah solat walau di mana saja kamu berada kerana solat itu adalah wajib dan pendinding kamu dari api neraka. Alangkah bertuahnya hamba Allah yang mendirikan Surau di tengah-tengah perjalanan di atas gunung ini. Pahala akan diperolehinnya setiap kali ada jemaah yang menunaikan solat di sini. Surau ini terletak di tengah-tengah perjalan di antara Kota Kinabalu dengan Tambunan. Tempatnya yang betul-betul berada di puncak Gunung Emas ini amat mengagumkan. Walaupun bentuk fizikalnya yang biasa sahaja tetapi suasana dan tempatnya yang begitu indah dan nyaman dengan udara yang segar begitu menyentuh hati apabila kita menunaikan solat di sini. Apabila saya singgah menunaikan solat di surau ini saya terus menitiskan air mata terharu kerana ada juga hamba Allah yang begitu prihatin dengan hukum Allah s.w.t. Selama 16 Tahun ana melalui laluan ini, barulah kali ini ana dapat menunaikan solat di tengah perjalanan dengan begitu tenang dan selesa. Syukurlah kerana ada juga hamba Allah yang begitu prihatin dengan keperluan orang mukmin di tengah-tengah gunung ini. Semoga syariat Allah akan terus bersinar di pergunungan ini. Semoga syariat Allah akan terus bertapak kukuh di atas pergunungan ini dan seterusnya seluruh negeri ini. InsyaAllah.Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment