Wednesday, December 28, 2011

Rezeki Allah

Rezeki Allah itu amat banyak meliputi segala yang ada di langit dan bumi.Maka jagalah dan didiklah anak-anak kamu kerana itu adalah amanah Allah yang sangat penting.

Saturday, August 20, 2011




RESEPI BERBUKA
Sweet sour Ikan Siakap & Terung Goreng Berlada
Resepi dari bahan-bahan semulajadi tanpa pengawet.100%ori tanpa bahan tiruan.

Sunday, August 14, 2011

Renungan Bonus Raya 2011


Rezeki pemberian Allah.Allah yang Maha Memberi rezeki.Walau apapun yang kita dapat semuanya dari Allah S.W.T. Marilah kita sentiasa bersyukur pada setiap masa dan ketika agar kita mendapat rezeki yang berkat.Bonus Raya yang akan dibayar pada hari esok 15 OGOS 2011 bersamaan hari Isnin akan dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.Sejauh manakah Bonus Raya ini benar-benar memberi makna kepada kita.Adakah Bonus Raya yang kita dapat ini benar-benar dapat memenuhi tuntutan kehidupan sebagai seorang mukmin.Ataukah sekadar untuk memenuhi tuntutan dan kehendak nafsu jasmani semata-mata.Alangkah gembira dan bersemangatnya kita setiap kali mendengar ganjaran Bonus Hari Raya setiap tahun.Para pekerja dan kakitangan kerajaan tidak kira persekutuan atau negeri semuanya begitu berkobar-kobar dan sentiasa menunggu akan ganjaran Bonus Hari Raya yang akan diberikan oleh majikan masing-masing.Apabila menjelangnya demam bonus ini,maka banyaklah perancangan dan angan-angan yang berlegar dalam pemikiran mereka.Tidak juga terkecuali mereka yang membelanjakan ganjaran Bonus Hari Raya sehingga tidak menyedari akan kemampuan mereka yang sebenar.Namun dalam keghairahan ini,kita seringkali terlalai dan lupa dengan Ganjaran dan "Bonus Ramadhan Al-Mubarak" yang lebih lumayan dan belipat kali gandanya.Saban tahun kita seringkali dilalaikan dengan ganjaran dunia yang seringkali mengundang kemurkaan Allah S.W.T.Setakat manakah bersungguhnya kita untuk mendapatkan "Bonus Ramadhan" setiap tahun.Sehebat manakah perancangan dan persedian kita untuk mendapatkan "Bonus Ramadhan" setiap tahun.Bonus yang lebih hebat,bonus yang lebih lumayan.Bonus yang dapat menambahkan
keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.Sejauh manakah bersunggunya kita untuk mendapatkan bonus ini,sebagaimana bersungguhnya kita untuk mendapatkan bonus ganjaran dunia.Sanggupkah kita beratur dan mendirikan saf di belakang iman tanpa berganjak dengan penuh keikhlasan,sebagaimana sanggupnya kita beratur di kaunter-kaunter bank walaupun dalam keadaan sesak.Sanggupkah kita duduk di masjid-masjid dan surau untuk mendengar ceramah-ceramah agama berbanding dengan kesanggupan kita untuk beratur dan bersesak-sesak di bazar-bazar ramadhan tanpa menghiraukan laungan azan lima waktu.Bersungguhkah kita meluangkan masa selama setengah jam untuk bertadarus dan menghayati kandungan Al-Quran berbanding dengan kesungguhan kita untuk menghayati rancangan-rancangan televisyen yang penuh dengan program maksiat sehingga merudumnya ganjaran "Bonus Ramadhan"??????fikir-fikir dan renung-renunglah ke mana arah tujuh kehidupan kita.Ke mana kita akan dikembalikan....!!!

Friday, July 22, 2011

Sesi Bergambar





Ahli pengakap bergambar bersama sijil dan hadiah yang mereka dapat.

Majlis Penutup Perkhemahan Pengakap











Majlis penyampaian sijil dan hadiah.Majlis dijalankan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.Semoga program ini akan berterusan ke tahun-tahun berikutnya.Perancangan untuk program 2012 pada bulan Mac ialah Perkhemahan Perak,Emas dan Rambo Pengakap.

Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan 40



Inilah kumpulan Pengakap Kanak-Kanak Sk Losong yang menyertai Perkhemahan Lencana Keris Gangsa dan Perak.

Senaman Pengakap





Pengakap Kanak-kanak sedang melakukan senaman pagi.Senaman pagi ini akan dijalankan sebagai satu aktiviti untuk memanaskan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan otot sebelum melakukan aktiviti yang lain.Senaman ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli pengakap yang cergas dan cerdas.

Pengakap Kelana sedang membuat geject.Pengakap Kelana dijemput untuk menjadi fasilitator dalam perkhemahan pengakap di Sk Losong pada 21 -23 Julai 2011 iaitu bermula khamis hingga Sabtu.





Malam kebudayaan Pengakap.Setelah penat menjalani aktiviti pengakap,malam kebudayaan untuk menghilangkan rasa penat dan mengeratkan hubungan sesama pengakap.

Eiiii,yang ni buat apa pula ni.Main seorang diri.Lepas geram ke!

Wa,seronoknya cikgu dapat sampai kat Pulau Sekati.

Travel To Skati Island












Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Gangsa dan Perak.Program untuk mendapatkan lencana basikal dan kembara.Pasukan pengakap bertolak dari Sk Losong pada jam 3.00 petang dan sampai kira-kira pada jam 3.30 petang.Program di Pulau sekati antaranya menziarahi penduduk kampung dan jungle tarcking.Walaupun cukup letih dan penat mengelilingi Pulau Sekati tetapi semangat untuk mendapatkan lencana para pengakap tetap bersemangat untuk menjelajah segala pelusuk di Pulau Sekati.Pasukan pengakap juga sempat menunaikan solat asar di Masjid Pulau sekati.Kira-kira pada jam 5.30 petang pasukan pengakap bertolak balik ke Sk Losong.Kami bersyukur kerana pasukan kami selamat pergi dan sampai tanpa sebarang kemalangan.Alhamdulillah.

Friday, July 15, 2011

BERSAMA BEKAS ANAK MURID

 

 

Inilah anak murid ketikadi sekolah rendah.Sekarang sudah menjadi Hafiz Al-Quran.Lebih tinggi daripada cikgunya.SubbahanaAllah.
Posted by Picasa

KONVO IQT

 

 

 
Posted by Picasa