Wednesday, October 16, 2013

Pengertian Ibadat Qurban



Wahai anakku,
Engkau pernah bertanya erti pengorbanan. Apa erti pengorbanan sebenarnya pada seseorang manusia terutamanya di Hari Raya Adiladha?
Apakah cukup sekadar menyembelih binatang-binatang ternakan? Yang dikorbankan itu binatang, apa pula kaitannya dengan pengorbanan manusia?

Wahai anakku,
Aktiviti menyembelih haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dinamakan Qurban atau Udhiah.
Ia sebenarnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Antara salah satunya ialah untuk kamu memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

Wahai anakku,
Dalam aktiviti Qurban, kamu juga dapat menghayati nikmat bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. Malah, kerana banyaknya aktiviti menderma untuk golongan fakir miskin, aktiviti Qurban ini juga dapat menanamkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin.

Wahai anak kesayanganku, fadhilat yang kamu akan dapat daripada ibadah korban amat besar. Kamu akan dapat menambah amal kebajikan:

Seperti Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Wahai anakku,
Ibadah korban ini juga engkau boleh jadikan sebagai penebus dosa sepertimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidatina Fatimah:

"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban).

Bukan itu sahaja, wahai anak kesayanganku, melalui ibadah korban ini, kamu juga boleh mendapat tempat yang mulia di sisi Allah di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."


Diharap penjelasan  yang sedikit ini dapat membantumu menghayati ibadah korban.



"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"

Alam Kubur

 Mari kita renungkan, betapa tubuh manusia yang bersemadi di dalam tanah, tanpa teman, walaupun semasa hayatnya dia dikelilingi isteri dan anak-anak serta jiran tetangga dan sahabat handai. Biar setinggi mana penghargaan dan kasih sayang mereka, namun paling akrab mereka mendampingi sekadar menghantar ke tanah perkuburan. Sebaik sahaja mayat diturunkan ke dalam liang, tanah mulai menimbus jasad yang sudah tidak bernyawa itu, akhirnya semua yang meratapi kepergiannya akan melangkah pulang dan tinggallah dia seorang diri di dalam kubur itu.
Persoalan yang timbul ialah apabila anak-anak tidak soleh, sebaliknya berakhlak buruk dan sentiasa dilanda krisis moral, tercebur dalam kegiatan mungkar serta abai terhadap suruhan agama. Pulang dari menghantar jenazah ibu atau bapanya ke kubur, sudah gaduh sesame sendiri soal harta pusaka. Setelah menerima harta pusaka yang banyak, masing-masing berfoya-foya dengan wang yang diperolehi secara mudah.


Dengan suasana begitu, apakah yang akan diperolehi oleh ibu bapa yang sudah bersemadi di dalam kubur. Sungguh malang bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak yang tidak bermoral itu, bukan sahaja putus segala amalan dan usaha ikhtiar seorang anak Adam, tetapi telah terputus segala harapan apabila tidak memiliki tiga perkara itu.


Renunglah diri, sesungguhnya apabila kelak menjadi penghuni kubur, kita hanya bergantung kepada ganjaran pahala dari amalan yang ikhlas, tetapi juga berharap berharap rahmat dari Allah Taala, kerana segala usaha ikhtiar sudah berakhir, yang ada hanyalah tiga perkara. Jika mereka memiliki tiga perkara itu, atau sebahagian darinya, maka dapatlah dia menaruh harapan. Pertama ialah sedekah jariah, kedua ilmu yang memberi manfaat dan ketiga anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.


Apabila sudah di dalam kubur, bunga-bunga yang ditabur dan air mawar yang di siram semuanya tidak dapat menolong. Harum bunga tidak akan dihidu oleh si mati dan air yang disiram di atas pusara tidak akan menghilangkan dahaga atau mendinginkan penghuni kubur.


Yang dapat menolong ialah makhluk yang dihantar oleh Allah iaitu para malaikat. Jika Allah mengkehendaki agar dicucuri rahmat-Nya maka malaikat itu menghantarkan rahmat-Nya. Sebaliknya jika malaikat diperintahkan agar menimpakan azab kepada si mati, maka sudah pasti azablah yang diterima.


Allah swt akan membalas setimpal dengan amalan yang telah kita lakukan, “jaza-an bima kanu ya’ malun”. Jika amalan yang dilakukan berupa kebajikan, maka balasannya adalah kebaika, rahmat dan pengampunan, sebaliknya jika maksiat dan perbuatan keji yang menjadi amalan, maka balasannya setimpal dengan kejahatan yang dilakukan iaitu azab yang
amat pedih.


Rasulullah saw memberitahu, sesungguhnya kubur adalah permulaan kepada taman syurga atau kawah azab neraka. Bagi orang yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah, iaitu mereka yang sentiasa ingat akan Allah semasa hidupnya, dengan melakukan ketaatan, maka kubur baginya adalah lorong sebuah taman yang dipenuhi kenikmatan dan kerehatan.


Tetapi bagi mereka yang melupakan Allah Taala semasa hidupnya, hingga dipenuhi kelalaian dan kemaksiatan, maka kubur baginya adalah permulaan lokap azab sebelum azab sebenar di dalam neraka. besar yang ditinggakannya, di sana para waris berhimpun sedang berbincang untuk membahagikan harta pusaka yang ditinggalkan, kekayaan miliknya yang dihimpun sekian lama, kini telah berpindah tangan.

Dia yang sedang terbujur di dalam kubur, adakah mendapat manfaat dari harta yang ditinggalkannya?



Jika dia pernah membelanjakan hartanya untuk kebajikan, membantu usaha memperjuangkan agama Islam, bersedekah jariah umpamanya berwakaf untuk pembinaan masjid dan pusat-pusat pengajian, membantu jiran tetangga yang memerlukan serta fakir miskin dan seumpamanya, mudah-mudahan semua itu merupakan simpanan tetap di dalam bank akhirat, yang InsyaAllah keuntungan simpanan tetap itu (jika ikhlas) akan mula diterima sejak saat pertama dia menjadi penghuni alam barzakh itu.


Atau bagaimana pula nasibnya jika harta itu diperolehi dengan cara yang batil, seperti menipu, rasuah, riba dan seumpamanya. Ataupun dia hanyalah seorang penghimpun harta, yang semakin asyik dengan jumlah harta yang kian bertambah. Dalam keseronokan menghimpun harta, tanpa menggunakan kekayaan yang diaugerahi Allah Taala untuk tujuan akhirat, sehingga ajal pun datang dengan tiba-tiba. Maka kubur tempat dia berada itu sama ada menjadi tempat istirehat atau tempat menerima azab, hanya Allah taala yang maha mengetahui.


Persoalan harta telah disentuh di atas, selain itu jika dia memiliki ilmu yang memberi manfaat, terutama ilmu yang mendekatkan manusia dengan Allah taala, dan telah mengajarnya kepada orang lain, ganjarannya akan terus diterima selama ilmu itu diamalkan. Dan akhirnya ialah jika dia mempunyai anak yang soleh, antara sifat anak yang soleh itu sentiasa mendoakan orang tuanya, mmaka, doa dari anak yang soleh itu menjadi saham yang akan mendatangkan faedah untuk dirinya ketika berada di dalam kubur.
SUATU ketika, Nabi Muhammad saw, datang untuk sholat. Lalu beliau melihat sekumpulan sahabat radiallahu ‘anhum (r.hum) sedang tertawa-tawa sehingga gigi mereka terlihat jelas. 

Nabi saw pun bersabda, “apabila kalian banyak mengiat maut, kalian tidak akan seperti yang kulihat saat ini. Perbanyaklah mengingat maut.

Di kubur, tiada sehari pun yang terlewati kecuali kubur berkata, ‘Aku rumah yang tak mengenal persahabatan, aku rumah kesendirian, aku rumah yang penuh tanah, aku rumah ulat-ulat.”

Dan apabila seorang mukmin diletakkan didalam kubur, kubur akan berkata, “selamat datang, bagus engkau telah datang, diantara orang-orang yang tinggal diatas bumi ini, engkaulah yang paling kusukai,”. Lalu kubur akan melebar seluas pandangan mayit, sehingga akan dibukakannya salah satu pintu surga, Lalu berhembuslah angin surga kepadanya dan akan tercium harumnya surga.

Namun jika seseorang yang berahlak buruk dimasukkan ke kubur, maka kubur akan berkata, “tiada ucapan selamat datang bagimu. Sangat buruk kedatanganmu ini. Dari semua manusia yang berada diatas bumi ini, kamulah yang paling kubenci. Sekarang kamu datang kepadaku, maka lihatlah aku memperlakukan dirimu.”

Setelah itu kubur akan merapat dan terus menghimpitnya, sehingga tulang rusuknya saling menikam satu sama lain. Kemudian datanglah tujuh puluh ekor ular untuk menyiksanya. Jika satu saja, dari bisa ular tersebut menetes ke Bumi, Maka tidak sehelai rumput pun dimuka bumi ini dapat tumbuh diatasnya. Ular-ular itu terus mamatuknya sampai hari kiamat datang.

Sabda Nabi Muhammad Saw, ” Kubur adalah taman dari taman-taman surga atau jurang dari jurang-jurangnya neraka jahannam,”. Adapun faedah yang dapat dipetik dari kisah diatas adalah bertakwalah kepada Allah SWT. Karena takwa kalian kepada Allah SWT merupakan bekal yang terpenting, sehingga Nabi Saw selalu memikirkan dan merenungkannya.

Selain itu, ingatlah mautmu, karena dengan mengingat maut maka jalan untuk lebih bertakwa kepada Allah akan lebih dekat dan sungguh sangat bermanfaat bagimu maupun bagiku. Sehingga Nabi Muhammad Saw saat menjelaskan keadaan kubur, beliau bersabda bahwa mengingat kubur itu sangat penting dan bermanfaat.


Oleh itu wahai saudara-saudariku ingatlah senatiasa akan kubur agar jiwamu berpaut pada surau dan masjid mendengar ayat-ayat Allah.......Bersedialah untuk bertemu dengan alam kematian.