Tuesday, January 29, 2013

04/10 Kuliah Jemputan Maulidur Rasul - Ustaz Azhar Idrus 2008

Memahami Erti Maulidur Rasul Sebenar.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TERENGGANU 2013

Apakah Maknanya Maulidur Rasul(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang perjuangan dan mencari erti kemenangan. Dalam al-Qur'an, Allah SWT menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasru dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza dalam merungkai erti kemenangan. Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Contohnya, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1: "Sesungguhnya Kami telah memberi kemenangan kepadamu (wahai Muhammad) dengan kemenangan yang nyata". Kemenangan di akhirat disebut sebagai al-fawz adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam Kesimpulan, walaupun sudah berabad lamanya baginda meninggalkan kita, namun risalah yang dibawanya baginda akan sentiasa diikuti oleh umatnya yang taat. Sesungguhnya Allah akan sentiasa mengangkat sekelompok manusia beriman yang akan memperjuangkan segala ajarannya mengikut petunjuk al-Quran dan sunahnya. Beruntunglah kita yang menjadi pengikutnya kerana baginda adalah nabi yang sangat dicintai Allah. Ketinggian darjatnya meletakkan baginda adalah nabi yang diberi hak untuk memberi ‘safaat’ kepada umatnya di Yaumul Hisab nanti.

Tuesday, January 15, 2013

Bahasa Melayu "Latihan Mencari Nilai Murni"

Latihan Nilai Murni Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah. Contoh : Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan Contoh Nilai Murni Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi. Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu. Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu. Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. Suria mencuci basikalnya yang kotor. Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. Mereka membaca buku di perpustakaan. Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. Sara suka makan makanan yang berkhasiat. Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. ’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku. Winnie membetulkan kesilapan kawannya. Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. Jawapan : Contoh Nilai Murni Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksama Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. baik hati Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. baik hati Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. bekerjasama / bergotong-royong Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikari Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. berdikari Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. berdisiplin / bertatatertib Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. berdisiplin / bertatatertib Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi. berhati-hati / berwaspada / cermat Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. berjimat-cermat Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu. bersopan / beradab / berbudi bahasa Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu. cekal / keazaman / berazam Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. cinta akan negara / semangat patriotik Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. cinta akan negara / semangat patriotik William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmu Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taat Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. patuh Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani Suria mencuci basikalnya yang kotor. Kebersihan Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. kejujuran / jujur Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. kejujuran / jujur Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. kerajinan / rajin / ringan tulang Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. kerajinan / rajin / ringan tulang Mereka membaca buku di perpustakaan. kerajinan / rajin / ringan tulang Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. menghormati Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. patuh, menghormati guru Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. menjaga kebersihan persekitaran Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. menjaga kesihatan Sara suka makan makanan yang berkhasiat. menjaga kesihatan Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. peka kepada isu-isu sosial ’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku. prihatin Winnie membetulkan kesilapan kawannya. prihatin Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. sabar Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. semangat kejiranan Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. toleransi / bertolak ansur