Tuesday, January 15, 2013
Bahasa Melayu "Latihan Mencari Nilai Murni"
Latihan Nilai Murni
Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.
Contoh :
Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan
Contoh Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.
Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.
Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat.
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.
Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.
Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.
Suria mencuci basikalnya yang kotor.
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.
Mereka membaca buku di perpustakaan.
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.
Sara suka makan makanan yang berkhasiat.
Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.
’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.
Winnie membetulkan kesilapan kawannya.
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.
Jawapan :
Contoh Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksama
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. baik hati
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. baik hati
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. bekerjasama / bergotong-royong
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikari
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. berdikari
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. berdisiplin / bertatatertib
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. berdisiplin / bertatatertib
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi. berhati-hati / berwaspada / cermat
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat
Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. berjimat-cermat
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu. bersopan / beradab / berbudi bahasa
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu. cekal / keazaman / berazam
Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik
Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. cinta akan negara / semangat patriotik
Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. cinta akan negara / semangat patriotik
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmu
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taat
Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. patuh
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani
Suria mencuci basikalnya yang kotor. Kebersihan
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. kejujuran / jujur
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. kejujuran / jujur
Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. kerajinan / rajin / ringan tulang
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. kerajinan / rajin / ringan tulang
Mereka membaca buku di perpustakaan. kerajinan / rajin / ringan tulang
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. menghormati
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. patuh, menghormati guru
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. menjaga kebersihan persekitaran
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. menjaga kesihatan
Sara suka makan makanan yang berkhasiat. menjaga kesihatan
Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. peka kepada isu-isu sosial
’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku. prihatin
Winnie membetulkan kesilapan kawannya. prihatin
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. sabar
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. semangat kejiranan
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. toleransi / bertolak ansur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment